awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Notis rasmi kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis diserah kepada SPR

Bernama
Bernama
29/12/2025
07:10 MYT
Notis rasmi kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis diserah kepada SPR
Notis pemakluman kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji diserahkan kepada SPR hari ini. -Gambar fail/Bernama
KANGAR: Notis pemakluman rasmi kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping, Bintong dan Guar Sanji diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Ringkasan AI
  • Notis pemakluman kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji diserahkan kepada SPR hari ini.
  • Kekosongan berlaku susulan keahlian tiga ADUN PAS terhenti serta-merta, memerlukan PRK bagi mengisi kekosongan demi kestabilan kerajaan negeri Perlis.
  • Keputusan PRU15 menunjukkan PN memenangi 14 kerusi DUN Perlis, PH memenangi satu kerusi, menandakan perubahan politik di negeri tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Speaker DUN Perlis Rus'sele Eizan berkata notis berkenaan diserahkan di Pejabat SPR Perlis, di sini, kira-kira 12 tengah hari.
Beliau berkata dalam notis itu, pihaknya turut memaklumkan SPR mengenai alasan keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di ketiga-tiga DUN berkenaan untuk pertimbangan suruhanjaya tersebut.
"Saya menyerahkan semuanya kepada pertimbangan pihak SPR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media 25 Dis lepas, Rus'sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN itu susulan keahlian ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim dalam PAS terhenti serta-merta, selaras Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Rus'sele berkata walaupun usia DUN Perlis telah genap tiga tahun pada 18 Dis lalu, kerajaan negeri berpandangan terdapat keperluan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan ketiga-tiga kerusi itu demi kestabilan kerajaan negeri.
Pada 24 Dis lalu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan media memaklumkan keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan kerusi PAS dan lima Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi satu kerusi menerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Indera Kayangan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah notis yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan dengan kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping, Bintong, dan Guar Sanji? A: Notis tersebut mengandungi maklumat mengenai keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di ketiga-tiga DUN berkenaan.
  • Q: Apa yang menyebabkan kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi DUN tersebut? A: Kekosongan berlaku susulan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhenti serta-merta dalam PAS, selaras dengan undang-undang Perlis.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Perlis berkaitan dengan kekosongan kerusi DUN tersebut? A: Kerajaan negeri Perlis berpendapat perlu mengadakan Pilihan Raya Kecil bagi mengisi kekosongan ketiga-tiga kerusi tersebut demi kestabilan kerajaan negeri.
  • Q: Siapakah yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)? A: Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan kerusi PAS dan lima Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi satu kerusi melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Indera Kayangan.

Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Notis pemakluman kekosongan luar jangka
#DUN Chuping Bintong dan Guar Sanji
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan