awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
09/01/2025
20:30 MYT
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Nik Nazmi menjawab pertanyaan pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Kota Bharu, 9 Jan 2025. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang menambah baik Akta Hakmilik Strata 1985 bagi menyelesaikan isu perumahan bertingkat terutama bagi kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan perbincangan menerusi sesi libat urus bagi proses penambahbaikan itu.
"Hal ini bagi memantau dan memastikan skim-skim strata yang sedang atau akan dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa," katanya kepada pembeirta selepas majlis penyampaian replika pemilikan Skim Desa Seri Maju Padu Apartment, di sini semalam.
Nik Nazmi berkata JKPTG turut menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata (TKHS) pada 2018 bagi menangani isu ketiadaan hak milik strata untuk Skim Bangunan Khas di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata masalah sering timbul apabila pemaju gagal memohon pecah bahagi bangunan untuk pendaftaran hak milik strata akibat kekurangan dokumen atau pemaju gulung tikar.
"Situasi ini menyebabkan pembeli unit strata terpaksa menanggung kos tambahan seperti tunggakan cukai tanah, bayaran premium tanah, kos pengukuran dan permohonan hak milik strata," katanya.
Beliau berkata melalui inisiatif TKHS, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri boleh memohon dana daripada JKPTG untuk menyelesaikan isu pendaftaran hak milik strata bagi skim yang memenuhi kriteria tertentu.
"Sehingga 2024, TKHS telah membiayai pendaftaran hak milik strata bagi enam Skim Bangunan Khas di Semenanjung Malaysia dengan jumlah dana RM2.6 juta.
"Daripada jumlah itu, enam skim berjaya didaftarkan termasuk Desa Seri Maju Padu Apartment di Kota Bharu," katanya.
Nik Nazmi berkata Skim Desa Seri Maju Padu Apartment menerima dana TKHS sebanyak RM90,580.48, yang diselia oleh NRES dan JKPTG.
Beliau berkata hak milik strata skim ini berjaya didaftarkan pada 1 Ogos lepas hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membabitkan 40 pembeli petak yang telah mendiami apartment itu sejak 1991.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata NRES dan kerajaan negeri sedang memantau dakwaan berlakunya kegiatan perlombongan haram melibatkan lebih 1.2 juta hektar kawasan berpotensi memiliki unsur nadir bumi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#Akta Hakmilik Strata 1985
#perumahan bertingkat
#skim strata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan