awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUJ tidak terima maklumat Utusan Malaysia akan kembali pada 2020

Bernama
Bernama
10/11/2019
20:59 MYT
NUJ tidak terima maklumat Utusan Malaysia akan kembali pada 2020
Akhbar bahasa Melayu tertua negara itu dan satu lagi akhbar terbitan syarikat berkenaan iaitu Kosmo! menghentikan operasinya sejak 9 Okt lalu, berikutan masalah kewangan. - Gambar fail
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan Melayu (M) Bhd tidak tahu menahu mengenai laporan bahawa akhbar Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula tahun depan.
Pengerusinya Mohd Taufek Razak berkata berdasarkan maklumat terkini yang diperolehinya, pihak pengurusan sedang berusaha untuk mencairkan aset milik syarikat itu, dan bekas para pekerjanya masih menunggu wang pampasan seperti yang dijanjikan.
"Tidak terima langsung maklumat mengenai Utusan akan kembali pada tahun depan. Kami masih menanti dalam kesamaran," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
Beberapa media tempatan pada Ahad melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof memaklumkan, akhbar Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula tahun depan.
BACA: Utusan tutup operasi hari ini
BACA: Laman web Utusan Malaysia, Kosmo! kini tidak boleh diakses
Menurut laporan itu Redzuan memberitahu perkara berkenaan di sebuah program di Tenggayun, Johor pada Sabtu semasa berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai.
Akhbar bahasa Melayu tertua negara itu dan satu lagi akhbar terbitan syarikat berkenaan iaitu Kosmo! menghentikan operasinya sejak 9 Okt lalu, berikutan masalah kewangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akhbar tertua
#cairkan aset
#henti operasi
#kemunculan semula
#Kesatuan Wartawan Kebangsaan
#Kosmo
#masalah kewangan
#Menteri Pembangunan Usahawan
#Mohd Taufek Razak
#NUJ
#Redzuan Yusof
#utusan malaysia
#utusan melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan