awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUTP bantah saringan COVID-19 di sekolah, cadang uji di rumah

Bernama
Bernama
02/12/2021
20:00 MYT
NUTP bantah saringan COVID-19 di sekolah, cadang uji di rumah
NUTP mencadangkan agar ujian saringan COVID-19 kepada murid itu dijalankan sendiri oleh ibu bapa di rumah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu.
Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata kesatuan sebaliknya mencadangkan agar ujian saringan COVID-19 kepada murid itu dijalankan sendiri oleh ibu bapa di rumah.
Beliau berkata ia berikutan pihaknya menerima rungutan daripada para guru yang memaklumkan bahawa tindakan itu amat berbahaya dan mendatangkan risiko tinggi kepada mereka.
"Ini kerana guru tidak diberi sebarang perlindungan seperti peralatan perlindungan diri (PPE), sarung tangan, pelindung muka dan sebagainya, manakala murid pula tidak mampu untuk menjalankan sendiri ujian tersebut," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut Wang berkata sehari sebelum ujian, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada ibu bapa murid yang terpilih untuk menjalankan ujian saringan di rumah dan dibekalkan kit ujian kendiri.
Katanya ibu bapa kemudian mengemukakan keputusan ujian dengan memuat naik gambar berkenaan kepada guru kelas masing-masing.
"Jika keputusan adalah negatif, murid boleh hadir ke sekolah pada hari tersebut, tetapi jika sebaliknya murid perlu dikuarantin di rumah," katanya.
Menurut Wang cara ini dapat mengelakkan berlakunya penularan jangkitan kepada guru dan warga sekolah sehingga sekolah perlu ditutup jika ada murid yang positif COVID-19.
Beliau berkata NUTP amat berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat mengubah prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan dan kesihatan murid, guru serta warga sekolah lain.
Terdahulu, KPM menerusi kenyataan pada 27 Nov lepas menetapkan pelaksanaan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut KPM pelaksanaan saringan bergilir untuk murid itu perlu dilaksanakan setiap Rabu, pada hari persekolahan.
KPM juga membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan ini dapat dilaksanakan mengikut tatacara pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
Topic Berkaitan
#NUTP
#murid sekolah
#ujian saringan
#COVID-19
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan