awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKT lari semasa di kompleks mahkamah berjaya ditahan semula di kebun durian

Bernama
Bernama
28/11/2024
03:20 MYT
OKT lari semasa di kompleks mahkamah berjaya ditahan semula di kebun durian
Isnin lepas polis Melaka melancarkan operasi Op Kesan bagi memburu seorang lelaki warga asing yang melarikan diri dengan tangan bergari dari Kompleks Mahkamah Alor Gajah. - Foto PDRM
ALOR GAJAH: Seorang lelaki orang kena tahan (OKT) warga Indonesia yang lolos ketika berada di Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada hari Isnin lepas, berjaya ditahan semula pukul 6.10 petang semalam di sebuah kebun durian di Taman Melaka Pindah di sini.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan pihak berkuasa dalam Ops Kesan yang melibatkan pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia, pasukan Gerakan Am Batalion Enam dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan serbuan telah ke kebun durian berkenaan bagi mengesan suspek, dan menemukan lelaki yang tidak pasti identitinya sebelum mengarahkannya berhenti.
"Bagaimanapun suspek enggan berhenti serta cuba melarikan diri, dan berlaku pergelutan dalam proses menangkap suspek kerana dia enggan memberi kerjasama, menyebabkan dia mengalami bengkak di muka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek kemudian diarah menunjukkan kad pengenalan diri untuk diperiksa namun gagal mengemukakannya, serta mengaku bahawa dirinya ialah Musliadi Arahman dari Indonesia berusia 38 tahun.
Md Nazri berkata suspek ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari tahanan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Isnin lepas polis Melaka melancarkan operasi Op Kesan bagi memburu seorang lelaki warga asing yang melarikan diri dengan tangan bergari dari Kompleks Mahkamah Alor Gajah di sini.
Lelaki itu dibawa ke mahkamah oleh anggota JKDM untuk sebutan semula kesnya yang dituduh mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKT lari
#kebun durian
#Kompleks Mahkamah Alor Gajah
#warga asing lolos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan