awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKU bisu dan pekak jadi mangsa rogol dua lelaki Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2020
02:05 MYT
OKU bisu dan pekak jadi mangsa rogol dua lelaki Myanmar
Seorang gadis kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak dipercayai menjadi mangsa rogol dua lelaki warga Myanmar. -Gambar hiasan
HULU TERENGGANU:Seorang gadis kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak dipercayai menjadi mangsa rogol dua lelaki warga Myanmar.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah kongsi di Ajil, Hulu Terengganu tidak jauh dari rumah mangsa yang berusia 23 tahun.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata perbuatan suspek itu terbongkar selepas ahli keluarga mangsa tampil membuat laporan polis kira-kira jam 7.30 malam Khamis.
Susulan itu pihaknya telah menahan kedua-dua suspek tersebut kira-kira jam 11 malam hari yang sama di sekitar Ajil.
“Polis telah membuat tangkapan dua orang suspek lelaki Myanmar berumur awal 20an dan seorang lagi 30 tahun.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," kata Mohd Adli.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu merupakan kali pertama berlaku.
Mohd Adli berkata kedua suspek telah ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#orang kelainan upaya
#OKU
#Myanmar
#rogol
#Mohd Adli Mat Daud
#gadis kelainan upaya
#dua lelaki warga Myanmar
#rumah kongsi
#ajil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan