awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Omicron: Perlu penguatkuasaan lebih serius, tahap kepatuhan tinggi orang ramai

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/12/2021
21:00 MYT
Omicron: Perlu penguatkuasaan lebih serius, tahap kepatuhan tinggi orang ramai
Peningkatan kes varian Omicron dalam negara menimbulkan kebimbangan, apatah lagi kebanyakan kes dikesan pada individu pulang dari luar negara. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Peningkatan kes varian Omicron dalam negara menimbulkan kebimbangan, apatah lagi kebanyakan kes dikesan pada individu pulang dari luar negara.
Pakar kesihatan awam, Prof Datuk Dr Syed Aljunid Syed Junid berkata, apa yang perlu kini adalah penguatkuasaan yang serius selain tahap kepatuhan tinggi orang ramai.
"Kuarantin merupakan langkah yang baik walaupun yang lebih baik ialah memastikan kita dapat dos ketiga secepat mungkin.
"Omicron sudah menular ke 90 buah negara dan ia mempunyai keupayaan penularan dalam kadar yang lebih cepat, kadar replikasi virus juga lebih tinggi.
"Walaupun severity (keparahan) lebih rendah tapi kadar infectivity (kebolehjangkitan) meningkat akan menyebabkan jumlah kes menjadi banyak.
"Jadi kuarantin sememangnya kaedah utama untuk elak penularan dalam negara," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Ahad.
Beliau juga tidak melihat keperluan menaikkan tempoh kuarantin, sebaliknya berpendapat tujuh hari yang diperuntukkan sudah memadai jika dilaksanakan dengan baik dan teratur.
"Tak ada keperluan panjangkan tempoh kuarantin, sebab lagi panjang, kemungkinan lebih ramai yang langgar sebab penguatkuasaan kita lemah.
"Ada negara sudah naikkan jumlah kuarantin tetapi kalau Malaysia boleh kekalkan tujuh hari sudah memadai.
"Tetapi ia perlu dilakukan dengan teratur, ahli masyarakat kena patuhi peraturan.
"Sekarang ini kita nampak ahli politik pun bergerak ke sana sini, jadi saya rasa penguatkuasaan dan penjejakan yang lebih ketat perlu.
"Selain itu, pengesanan terhadap mereka yang melanggar arahan kuarantin juga perlu dilakukan cepat dan teratur," ujarnya.
COVID-19 | Pematuhan kuarantin selepas pulang dari luar negara
Topic Berkaitan
#Omicron
#COVID-19
#Syed Aljunid
#langgar arahan kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan