awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian dedah cara nyamuk kesan manusia guna bau dan penglihatan
TSMC catat pertumbuhan kukuh susulan lonjakan cip AI
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OnePlus dijangka hentikan operasi global seawal April 2026

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
03:15 MYT
OnePlus dijangka hentikan operasi global seawal April 2026
Antara faktor yang mendorong potensi pengecilan operasi itu termasuk krisis kekurangan bekalan memori (RAM) dan storan global yang meningkatkan kos pengeluaran. -Gambar Amanz
Spekulasi mengenai kemungkinan penutupan operasi global jenama telefon pintar OnePlus kembali hangat berikutan laporan yang mendakwa syarikat itu mungkin menghentikan pasaran antarabangsa seawal April 2026.
Menurut Amanz yang memetik laporan 9to5Google, sumber dalaman mengesahkan OnePlus dijangka menamatkan operasi di beberapa wilayah utama termasuk sebahagian besar Eropah dan Amerika Utara.
Langkah itu dilihat bertujuan membolehkan syarikat memfokuskan semula strategi kepada pasaran China, manakala pasaran India dilaporkan akan beralih kepada peranti segmen mampu milik dan pertengahan.
Ketidaktentuan mengenai masa depan jenama berkenaan memuncak susulan peletakan jawatan CEO OnePlus India, Robin Liu, yang disahkan syarikat.
Liu dilaporkan kembali ke China selepas diminta melaporkan diri kepada CEO Realme, Sky Li, di bawah penstrukturan semula Oppo.
Antara faktor yang mendorong potensi pengecilan operasi itu termasuk krisis kekurangan bekalan memori (RAM) dan storan global yang meningkatkan kos pengeluaran.
Beberapa pengeluar lain seperti ASUS juga dilaporkan tidak akan melancarkan model baharu tahun ini, menunjukkan cabaran besar yang dihadapi jenama bersaiz kecil untuk kekal bersaing tanpa menanggung kerugian.
Walaupun laporan mengenai penutupan terus diperkatakan, OnePlus North America dan Eropah setakat ini menegaskan operasi harian masih berjalan seperti biasa dengan jaminan sokongan selepas jualan serta kemas kini perisian untuk pengguna.
Topic Berkaitan
#OnePlus
#penutupan operasi
#telefon pintar China
#Robin Liu
#Sky Li
#Realme
#pasaran global
#industri telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan