awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Hazard: JAS kompaun 214 premis, perkukuh penguatkuasaan buangan terjadual - Arthur

Bernama
Bernama
10/04/2026
02:47 MYT
Op Hazard: JAS kompaun 214 premis, perkukuh penguatkuasaan buangan terjadual - Arthur
Arthur berkata JAS akan memperhebat operasi penguatkuasaan bagi memastikan tiada ruang buat dalang aktiviti haram alam sekitar menceroboh kedaulatan negara. - Foto fail/BERNAMA
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan sebanyak 214 kompaun terhadap premis yang melakukan kesalahan berkaitan jenayah alam sekitar menerusi pelaksanaan siri operasi khas Op Hazard 1.0 hingga 3.0 yang tamat pada 8 April lepas.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata jumlah kompaun yang dikeluarkan itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta127] dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, hasil operasi bersepadu yang dilaksanakan secara berfasa di seluruh negara.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 35 kompaun dikeluarkan dalam Op Hazard 1.0, diikuti 78 kompaun dalam Op Hazard 2.0, manakala 101 kompaun dikeluarkan dalam Op Hazard 3.0.
"Siri Op Hazard 1.0 hingga 3.0 bukan sekadar operasi rutin, tetapi juga mesej amaran kepada semua pihak. Dengan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kita kini mempunyai kuasa perundangan yang lebih mantap," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Arthur berkata Op Hazard 1.0 yang memberikan fokus kepada pengesanan punca haram berjaya membongkar stor simpanan haram sisa elektronik (e-waste) di kawasan industri terpencil serta mengenal pasti rantaian pelupusan tanpa permit.
"Sebanyak 17 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM34,000 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Nilai sabitan di bawah akta ini sebanyak RM193,000," katanya.
Menerusi Op Hazard 2.0, Arthur berkata operasi diteruskan bagi mengekang pemprosesan buangan terjadual, khususnya e-waste secara haram.
"Hasilnya, sebanyak 69 premis diperiksa dengan 42 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Daripada jumlah itu, sebanyak 75 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM150,000," katanya.
Beliau berkata kejayaan itu menunjukkan bahawa JAS bukan sahaja mengejar pelupusan haram di luar, tetapi juga memastikan disiplin di dalam kilang diperketat.
Sementara itu, Arthur berkata Op Hazard 3.0 menyaksikan kejayaan terbesar apabila kira-kira 4,714 tan metrik e-waste bernilai lebih RM23.79 juta dirampas menerusi operasi serentak di beberapa negeri bagi membanteras aktiviti pemprosesan e-waste haram secara besar-besaran.
"Serbuan membabitkan 104 kilang di 11 negeri di seluruh Malaysia. JAS mengeluarkan 101 kompaun dengan nilai RM202,000. Kejayaan Op Hazard 3.0 membuktikan ketelusan kementerian dalam menjaga kedaulatan alam sekitar," katanya.
Arthur berkata kehadiran JAS dalam operasi berkenaan memainkan peranan penting dalam menyediakan kertas siasatan teknikal yang komprehensif, sekali gus memastikan setiap kes pencemaran dinilai secara adil dan tepat.
Beliau berkata langkah itu selaras dengan pindaan Akta 127 yang telah diwartakan, yang memperuntukkan hukuman lebih tegas termasuk denda hingga RM10 juta atau hukuman penjara bagi melindungi kelestarian alam sekitar dengan lebih berkesan.
Beliau menegaskan bahawa siri Op Hazard 1.0 hingga 3.0 bukan sekadar operasi rutin, sebaliknya menjadi mesej amaran kepada semua pihak bahawa kerajaan kini mempunyai kuasa perundangan yang lebih mantap untuk membanteras jenayah alam sekitar.
"NRES komited memastikan Malaysia bebas daripada menjadi tempat pelupusan sisa, selain memastikan setiap sisa domestik diurus dengan penuh tanggungjawab," katanya.
Arthur berkata JAS akan memperhebat operasi penguatkuasaan bagi memastikan tiada ruang buat dalang aktiviti haram alam sekitar menceroboh kedaulatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Hazard
#JAS
#Arthur Joseph Kurup
#Buangan Terjadual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan