awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2025
05:45 MYT
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, empat pegawai bank yang ditahan itu merupakan individu terbaharu.- Gambar fail
PUTRAJAYA: Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, empat pegawai bank yang ditahan itu merupakan individu terbaharu.
Sehubungan penahanan itu, beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman pada Sabtu.
"Sebelum ini, seramai 12 orang direman selama lima hari, namun tujuh daripada mereka akan dilepaskan hari ini.
"Lima lagi akan dimohon untuk disambung reman pada hari ini bagi membantu siasatan," katanya pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM membongkar sindiket pinjaman membabitkan golongan profesional pengurusan kewangan.
Sejumlah RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus operandi dijalankan dipercayai mempunyai unsur rasuah serta pengubahan wang haram.
Sindiket membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan itu terbongkar susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.
Kesemua suspek termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 buah lokasi termasuk rumah dan pejabat pada Isnin. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Op Sky
#SPRM
#Azam Baki
#pegawai bank ditahan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan