awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi mencari dua pendaki wanita hilang di Gunung Suku diperluas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/05/2022
09:45 MYT
Operasi mencari dua pendaki wanita hilang di Gunung Suku diperluas
Radius pencarian diperluaskan sejauh 5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang. - Foto ihsan JBPM Perak
IPOH: Operasi mencari dan menyelamat dua wanita yang hilang ketika mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, pagi tadi, diperluaskan.
Identiti kedua-dua wanita itu juga telah dikenal pasti sebagai See Du Yen, 30, dan Ng Yee Chew, 46.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, radius pencarian diperluaskan sejauh 5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
“Pasukan penyelamat menyusuri laluan air dalam operasi ini bagi mengesan mangsa. Operasi masih berterusan sehingga ke saat ini,” katanya di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Shaharuddin Tuan Ali melibatkan 53 anggota daripada pelbagai agensi seperti bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Malim Gunung, Jabatan Perhutanan dan Unit Komunikasi RCRC Cameron Highlands.
BACA: Dua wanita daki Gunung Suku hilang
Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan mengenainya kehilangan mangsa pada jam 6.55 pagi.
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua individu daripada sekumpulan 29 pendaki dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti 'trekking' di gunung tersebut.
Seramai 27 individu lain telah berjaya sampai di kaki bukit dan disahkan berada dalam keadaan selamat.
Topic Berkaitan
#pendaki wanita
#hilang
#Gunung Suku
#simpang pulai
#Cameron Highlands
#See Du Yen
#Ng Yee Chew
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan