awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi penguatkuasaan kenderaan berat diteruskan

Bernama
Bernama
19/05/2025
12:15 MYT
Operasi penguatkuasaan kenderaan berat diteruskan
Operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya, kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Beliau berkata operasi secara bersepadu itu dijalankan bersama agensi lain antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dengan memberi tumpuan kepada tahap keselamatan kenderaan berat.
"Operasi untuk kenderaan berat kita telah laksanakan sejak dulu secara berkala iaitu Op Kenderaan Perdagangan yang melibatkan kenderaan berat seperti lori dan pengangkutan awam seperti bas dan bersama JPJ.
"Kita jalankan operasi bersama JPJ bagi memastikan pemandu ini mematuhi undang-undang jalan raya dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, sempurna, dan mekanikalnya pun bagus yang boleh berada di atas jalan raya dengan selamat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan amanat kepada warga JSPT yang akan bertugas semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas perkembangan siasatan kemalangan mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lepas, beliau berkata seorang pemandu lori telah didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan Jumaat lepas.
"Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan siasatan yang telah melengkapkan kertas siasatan yang begitu cepat dan lengkap," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi penguatkuasaan
#kenderaan berat
#JSPT Bukit Aman
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan