awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR remaja hilang di Marudi diteruskan

Lynch Cowan
Lynch Cowan
27/04/2020
05:15 MYT
Operasi SAR remaja hilang di Marudi diteruskan
Usaha mencari mangsa Cassidy Ali pada hari pertama dan kedua dilakukan oleh penduduk kampung
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pangkalan Rembai Sungai Melikat di sini pada Sabtu lalu, diteruskan hari ini, iaitu hari ketiga pencarian.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, usaha mencari mangsa Cassidy Ali pada hari pertama dan kedua dilakukan oleh penduduk kampung bermula petang Sabtu dan diteruskan pada pagi semalam.
Katanya, setelah gagal menemui mangsa, penduduk kampung mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Marudi sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak bomba.
"Balai Bomba dan Penyelamat Marudi yang merima panggilan dari Balai Polis Marudi pada jam 11.55 pagi segera melancarkan operasi mencari mangsa berusia 23 tahun," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Tambah kenyataan itu lagi, pasukan SAR disertai oleh lima anggota bomba dan penyelamat, tiga anggota polis dan 50 orang penduduk kampung.
Jelasnya, sebelum kejadian mangsa dan rakannya keluar memancing di sungai yang jarak kira-kira 40 minit dari rumah panjang mereka.
"Mereka memancing pada kedudukan yang berlainan. Markus memancing di sebelah hilir dan Cassidy pula memancing di sebelah hulu dengan jarak kira-kira 80meter antara satu sama lain sebelum mendapati mangsa hilang ketika ingin pulang," katanya.
Topic Berkaitan
#Balai Polis Marudi
#bomba
#Cassidy Ali
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#Marudi
#operasi mencari dan menyelamat
#orang hilang
#Pangkalan Rembai Sungai Melikat
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan