awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras

Bernama
Bernama
19/12/2021
05:22 MYT
Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras
Penduduk Taman Seri Damai Perdana, Kuantan, hanya membawa barangan penting ketika meninggalkan rumah untuk ke PPS setelah taman perumahan mereka dilanda banjir semasa tinjauan semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUANTAN: Seorang operator kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Mohd Halmi Nazlan, 34, dari Kampung Kuala Pahang di sini, dikatakan hilang pada 1 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Pekan.
"Mangsa difahamkan menaiki kereta bersama seorang rakan dan mereka cuba menyelamatkan diri apabila terperangkap banjir namun mangsa dikatakan gagal dikesan selepas itu," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.
Wan Mohd Zahari berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 pegawai dan anggota polis dan bomba, menggunakan dua bot dan masing-masing sebuah lori serta pacuan empat roda.
Kejadian ini merupakan kejadian hilang kedua dalam tempoh 24 jam, selepas seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental masih belum dijumpai selepas dikatakan terjun di Jambatan Sri Damai di sini pada 12.25 tengah hari semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#dihanyut air deras
#mangsa banjir hilang
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan