awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah

Bernama
Bernama
31/12/2025
00:00 MYT
Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita enam kenderaan mewah dalam operasi khas Ops Luxury yang dilaksanakan di sekitar negeri itu dari 1 Ogos lalu.- BERNAMA
MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita enam kenderaan mewah dalam operasi khas Ops Luxury yang dilaksanakan di sekitar negeri itu dari 1 Ogos lalu.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, kesemua kenderaan berkenaan disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans yang sah.
"Pemeriksaan lanjut turut mendapati sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz dipandu oleh seorang individu yang Lesen Memandu Kompeten (CDL) telah digantung.
"Perbuatan ini adalah satu kesalahan serius yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Siti Zarina berkata, JPJ memandang serius kesalahan memandu tanpa kelayakan yang sah dan menegaskan status kenderaan mewah tidak memberikan sebarang kekebalan daripada tindakan penguatkuasaan.
"Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memandu ketika lesen digantung atau gagal mematuhi syarat pelesenan ditetapkan.
"Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memastikan lesen memandu berada dalam tempoh sah dan tidak digantung, selain memastikan LKM serta perlindungan insurans kenderaan diperbaharui bagi mengelakkan tindakan undang-undang lebih berat dikenakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Kenderaan Mewah
#Ops Luxury
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan