awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Sapu: 11 warga Myanmar ditahan di Pasir Puteh

Bernama
Bernama
25/09/2025
00:40 MYT
Ops Sapu: 11 warga Myanmar ditahan di Pasir Puteh
Pihak imigresen menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pendatang atau aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 11 warga Myanmar dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pasir Puteh bermula Selasa lepas hingga semalam.
Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi bersepadu dikenali sebagai Ops Sapu itu digerakkan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan dan melibatkan pemeriksaan terhadap warga asing di sekitar Selising, Pasir Puteh.
"Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sebelum dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di negeri ini.
"Pihak imigresen menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pendatang atau aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang. Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara atau bersubahat melindungi PATI," katanya.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian 019-9840377 atau laman sesawang aduan rasmi di https://imi.spab.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#Myanmar
#imigresen kelantan
#Ops Sapu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan