awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas

Bernama
Bernama
26/01/2025
08:00 MYT
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang. -JBPM
KUANTAN: Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang semalam selepas terjatuh daripada bot di Tasik Bera ditemukan lemas hari ini.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki Orang Asli, Sabri Juaram, 49, ditemukan lemas di Tasik Bera selepas terjatuh daripada bot semalam.
  • Mayat mangsa dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang kira-kira tiga kilometer dari Pangkalan Kampung Putat.
  • Operasi mencari dan menyelamat melibatkan pasukan polis, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan penduduk kampung ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
"Mangsa ditemukan di lokasi dia dipercayai terjatuh iaitu kira-kira tiga kilometer dari Pangkalan Kampung Putat. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Bera untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula semalam melibatkan pasukan polis, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari.
Mangsa yang juga penoreh getah sebelum ini dilaporkan terjatuh ke dalam tasik berkenaan ketika menaiki bot bersama isteri dan anak perempuannya semasa menyeberang dari Kampung Putat ke Pangkalan Kampung Benal, Pos Iskandar, Bera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#lemas
#Tasik Bera
#pasukan penyelamat
#JBPM
#Sabri Juaram
#PPDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan