awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai jadi 'mata dan telinga banteras' curi kabel - SESB

Bernama
Bernama
07/04/2023
20:14 MYT
Orang ramai jadi 'mata dan telinga banteras' curi kabel - SESB
SESB akan bekerjasama dengan PDRM untuk memastikan pelaku dan dalang kes kecurian kabel dapat dibawa ke muka pengadilan selain melaksanakan beberapa inisiatif bagi membendung kegiatan itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Orang ramai diseru menjadi "mata dan telinga" dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan mencuri kabel yang memberikan kesan terhadap bekalan elektrik kepada penduduk di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Mohd Yaakob Jaafar berkata setiap maklumat yang diberikan akan dapat membantu mempercepatkan tindak balas pihak SESB seterusnya meminimumkan kesulitan dihadapi penduduk ekoran kesan akvititi jenayah itu.
Beliau berkata baru-baru ini misalnya, insiden curi kabel itu telah menyebabkan ketidakstabilan bekalan ke beberapa lokasi di sekitar bandar raya Kota Kinabalu dan SESB terpaksa menyalurkan elektrik menerusi bekalan alternatif antaranya menggunakan generator di kawasan terjejas.
"Sikap tidak bertanggungjawab itu juga boleh mengundang maut kepada si pelaku kerana terdedah dengan renjatan elektrik. Apabila kabel SESB di kawasan tertentu dicuri atau dimusnahkan, masyarakat setempat tidak dapat menikmati bekalan elektrik sekali gus menjejaskan rutin harian mereka.
"Ia juga membawa implikasi lain termasuk menjejaskan aktiviti perniagaan dan ekonomi," katanya menerusi kenyataan semalam.
Beliau berkata SESB akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan pelaku dan dalang kes kecurian kabel dapat dibawa ke muka pengadilan selain melaksanakan beberapa inisiatif bagi membendung kegiatan itu.
Pengguna yang ingin menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan curi kabel ini boleh berhubung dengan SESB Careline di talian 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi WhatsApp 019 8525427 atau menggunakan aplikasi mySESB di telefon pintar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SESB
#Curi Kabel
#Mohd Yaakob Jaafar
#gangguan elektrik di Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan