awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah tukar laluan, lelaki rentung kereta dirempuh bas

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
13/04/2018
13:28 MYT
Padah tukar laluan, lelaki rentung kereta dirempuh bas
Seorang lelaki rentung apabila kenderaan jenis Perodua Kembara yang dipandunya terbakar dalam satu kemalangan berhampiran susur keluar tol Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Jelapang hari ini. - Bomba Perak
Seorang lelaki rentung apabila kenderaan yang dipandunya terbakar dalam satu kemalangan berhampiran susur keluar tol Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Jelapang, di sini, siang tadi.
Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, lelaki berusia 54 tahun berkenaan yang memandu kenderaan jenis Perodua Kembara difahamkan cuba untuk menukar laluan sebelum dirempuh bas ekspres yang menyebabkan kereta miliknya terbabas dan terbakar serta-merta.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, siasatan mendapati insiden itu berlaku apabila kenderaan mangsa dipercayai hendak mengubah laluan memasuki laluan bas ekspres.
"Bas ekpres berkenaan tidak sempat membrek lalu terlanggar bahagian belakang kenderaan mangsa dan menyebabkan kenderaan mangsa terbabas lalu melanggar penghadang kiri jalan dan terbakar.
"Mangsa maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan rentung bersama-sama dengan kenderaan yang dipandunya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Bagaimanapun, pemandu bas ekspres itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#bas
#bas ekspres
#kebakaran
#kemalangan
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#Perodua Kembara
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan