awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran gesa PBB bertindak susulan serangan ke atas loji nuklear
Keluarga Giuffre gesa Raja Charles temui mangsa Epstein semasa lawatan ke AS
Konflik Asia Barat: AS, Iran berbalas ancaman ketika operasi mencari juruterbang AS diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paip IWK bocor punca lubang benam di Jalan Burma - MBPP

Bernama
Bernama
21/09/2025
09:30 MYT
Paip IWK bocor punca lubang benam di Jalan Burma - MBPP
MBPP dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kira-kira 9 pagi melibatkan kebocoran paip pembentungan bersaiz 300mm. -Facebook MBPP
GEORGE TOWN: Lubang benam yang terbentuk di Jalan Burma berhampiran persimpangan Jalan Transfer di sini, berlaku akibat kebocoran paip pembentungan milik Indah Water Konsortium (IWK).

Ringkasan AI
  • Lubang benam di Jalan Burma berlaku akibat kebocoran paip pembentungan bertekanan tinggi milik Indah Water Konsortium (IWK) bersaiz 300 mm.
  • MBPP dan PDRM menutup laluan serta melencongkan trafik ke Jalan Dr Lim Chwee Leong atas faktor keselamatan; siasatan dijangka dimuktamadkan petang ini.
  • Orang ramai dinasihat elak kawasan sekitar KOMTAR dan rancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan susulan penutupan jalan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kira-kira 9 pagi melibatkan kebocoran paip pembentungan bersaiz 300 milimeter (mm).
"Kebocoran paip pembentungan bersaiz 300 mm yang menggunakan sistem pam bertekanan tinggi tersebut telah menyebabkan kerosakan serius pada permukaan jalan dan mencetuskan lubang benam di Jalan Burma.
"Bertindak dengan segera atas faktor keselamatan awam, MBPP dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menutup Jalan Burma dan melencongkan trafik ke arah Jalan Dr Lim Chwee Leong bagi mengelakkan risiko kepada orang awam sementara menunggu siasatan lanjut dari pihak IWK serta MBPP," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut MBPP siasatan berhubung kejadian itu akan dimuktamadkan petang ini dan tindakan seterusnya akan diambil segera oleh IWK dan MBPP.
Sementara itu, MBPP turut menasihatkan orang ramai merancang perjalanan sebaiknya dan mengelak daripada melalui kawasan di sekitar bangunan Komtar supaya tidak tersekat dalam kesesakan yang berlaku disebabkan oleh lencongan di Jalan Burma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubang benam
#Jalan Burma
#kebocoran paip pembentungan bertekanan tinggi
#IWK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan