awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar forensik JKR dihantar ke kawasan banjir lumpur esok - Fadillah

Bernama
Bernama
11/11/2015
15:14 MYT
Pakar forensik JKR dihantar ke kawasan banjir lumpur esok - Fadillah
Fadillah juga menasihatkan pengguna agar menangguhkan perjalanan atau menggunakan jalan alternatif kerana pihaknya tidak akan membuka jalan berkenaan. - Gambar Fail
Kementerian Kerja Raya akan menghantar pasukan pakar forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meninjau keadaan kawasan banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, esok.
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa ini, JKR sudah berada di lapangan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan yang dijangka siap pagi esok.
"Apa yang penting (sekarang), walaupun pembersihan sudah dibuat, kita nak pastikan laluan itu selamat untuk dilalui. Pada masa ini, pengguna sama ada yang tersadai atau ingin melalui jalan itu, hubungi Bilik Gerakan JKR untuk mendapatkan maklumat tepat.
"Jangan bersandarkan kepada media sosial melainkan saluran sahih termasuk rangkaian berita nasional," katanya pada sidang media, di sini malam ini.
Fadillah juga menasihatkan pengguna agar menangguhkan perjalanan atau menggunakan jalan alternatif kerana pihaknya tidak akan membuka jalan berkenaan berikutan laporan awal mendapati pergerakan tanah masih berlaku.
"Kita hanya membuka jalan berkenaan setelah disahkan bahawa cerun tanah itu sudah berada dalam keadaan stabil untuk memastikan keselamatan orang ramai," katanya.
Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian banjir lumpur di Km52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 7.18 malam tadi.
Topic Berkaitan
#fadilah yusof
#JKR
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan