awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar PBB bimbang kemusnahan Gaza merebak ke Asia Barat

Agensi
Agensi
13/03/2026
02:34 MYT
Pakar PBB bimbang kemusnahan Gaza merebak ke Asia Barat
Sekumpulan pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan bahawa kemusnahan besar yang berlaku di Gaza berpotensi merebak ke negara lain di Asia Barat, termasuk Lubnan dan Iran. - Gambar fail
Sekumpulan pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan bahawa kemusnahan besar yang berlaku di Gaza berpotensi merebak ke negara lain di Asia Barat, termasuk Lubnan dan Iran.
Dalam satu kenyataan bersama, seramai 12 pakar PBB mengecam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran serta Lubnan, sambil memberi amaran bahawa konflik yang semakin memuncak boleh mencetuskan kemusnahan berskala besar di rantau itu.
“Kami bimbang bahawa kemusnahan dan keganasan berskala besar seperti yang dilihat di Gaza boleh diperluaskan ke Iran, Lubnan dan negara-negara lain di rantau ini,” menurut kenyataan tersebut.
Para pakar turut menyuarakan kebimbangan khusus terhadap situasi di Lubnan, di mana sekurang-kurangnya 700,000 penduduk dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pengeboman tanpa pandang bulu oleh Israel.
Menurut mereka, tindakan tersebut berpotensi diklasifikasikan sebagai satu lagi jenayah perang oleh pasukan Israel.
Selain itu, pakar PBB turut menyifatkan arahan supaya penduduk di selatan Lubnan dan selatan Beirut meninggalkan rumah masing-masing sebagai tindakan yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa.
Di Iran pula, mereka menyeru supaya siasatan bebas dijalankan terhadap beberapa serangan yang dilaporkan menyasarkan kemudahan awam, termasuk serangan ke atas sebuah sekolah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 180 pelajar perempuan.
Pakar PBB juga menuntut siasatan terhadap serangan ke atas kilang penapisan minyak Iran yang didakwa menyebabkan hujan asid, serta serangan terhadap sebuah loji penyahgaraman air. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#PBB
#hak asasi manusia
#kemusnahan gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan