awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan kutuk serangan pengganas di Iran

Bernama
Bernama
17/12/2023
21:15 MYT
Pakistan kutuk serangan pengganas di Iran
Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan di tenggara Iran yang mengorbankan 11 anggota polis dan mencederakan beberapa yang lain, lapor Xinhua.
ISLAMABAD: Pakistan pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan di tenggara Iran yang mengorbankan 11 anggota polis dan mencederakan beberapa yang lain, lapor Xinhua.
"Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Iran... Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh," menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.
Pakistan bersolidariti dengan kerajaan dan rakyat Iran.
Kementerian Luar berkata, keganasan adalah ancaman kepada keamanan dan keselamatan serantau serta global, dan ia perlu ditangani dengan segala cara termasuk melalui kerjasama dua hala dan serantau.
Sebelas anggota polis Iran terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan pengganas di balai polis di Rask County pada Jumaat, menurut Agensi Berita Tasnim. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#kutuk
#serangan pengganas
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan