awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panama Dance selesaikan masalah stress anda - PU Azman

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2018
01:52 MYT
Panama Dance selesaikan masalah stress anda - PU Azman
PU AZMAN: Paling penting adalah mengingat Allah untuk menenangkan hati. - Gambar Instagram @pu_azman
Stress atau tekanan perasaan merupakan lumrah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
Di tempat kerja, universiti, rumah atau di mana sahaja, ia satu bentuk beban yang boleh menjadi lebih kronik seandainya tiada langkah kawalan segera.
Bagaimanapun, Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau PU Azman memberitahu, Panama Dance sebenarnya menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.
Dalam catatan terkini di laman Instagramnya, PU Azman memberitahu ia merupakan cara terbaik untuk terapi fizikal semasa mengalami tekanan.
BACA JUGA: Fasha Sandha buat cabaran Panama Dance, ini baru betul comel!
Ingat Allah untuk tenangkan hati. Dalam Al Quran dalam surah Ar-Ro'du ayat 28 Allah berfirman, أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ Maksud :"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan tenang". Zikir kepada Allah ini banyak. Solat, baca Al Quran, zikir biasa dan apa saja perbuatan yang mendekatkan diri kepada Nya.
A post shared by pencetus ummah azman (@pu_azman) on
Mar 4, 2018 at 2:37am PST
Panama Dance kini tular di seluruh negara dan mampu membuat para pendengarnya terasa ingin turut serta menari.
Terdahulu, Panama merupakan sebuah lagu dinyanyikan oleh Matteo yang dimuat naik menerusi laman Youtube sejak tahun 2013.
Panama Dance mula menjadi popular selepas tarian itu dilakukan oleh artis Korea menerusi program realiti Law of The Jungle in Panama.
Selain itu, ramai juga yang telah membuat Panama Dance Challange termasuk golongan selebriti.
Ok kita sahut cabaran #panamadance Challenge. Lepas makan kita kurangkan kalori. Walaupun terabur, layankan je. Nasib baik la restaurant hak milik best friend kami @hishamraus
#panamachallenge paling malas sekali @mawarashid #bettyanddamis wedding #emmamaembong #emavengers @emavengers
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Feb 5, 2018 at 4:38am PST
Bagaimanapun PU Azman sebenarnya hanya berjenaka dan memaklumkan cara terbaik untuk menghilangkan tekanan adalah dengan berzikir.
PU Azman juga memberitahu, paling penting adalah mengingat Allah untuk menenangkan hati.
Beliau turut melampirkan firman Allah SWT di dalam Al Quran, surah Ar-Ro'du ayat 28 berkenaan tekanan yang bermaksud;
"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan tenang".
Katanya, zikir kepada Allah ini mempunyai banyak cara antaranya solat, membaca Al Quran, zikir biasa dan apa saja perbuatan yang mendekatkan diri kepadaNya.
Jangan mudah bersangka dengan sesiapa. Jalan terbaik ialah duduk berbincang dan bertanya terus untuk elak sebarang buruk sangka.
A post shared by pencetus ummah azman (@pu_azman) on
Mar 4, 2018 at 1:38am PST
Aku gurau jer dik. Jangan mara yer.
A post shared by pencetus ummah azman (@pu_azman) on
Mar 3, 2018 at 5:20am PST
Tidak ada dalil jelas tentang perlu buka atau tidak tali ikatan mayat.
A post shared by pencetus ummah azman (@pu_azman) on
Mar 1, 2018 at 6:25am PST
Selain cara menghilangkan tekanan, PU Azman turut berdakwah dengan cara bersahaja namun mempunyai pengertian yang lebih mendalam di sebalik setiap jenakanya.
Topic Berkaitan
#lumrah
#Panama Dance
#Pencetus Ummah
#PU Azman
#tekanan
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan