awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandikar Amin dibenarkan keluar hospital

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2016
15:32 MYT
Pandikar Amin dibenarkan keluar hospital
Tan Sri Pandikar dimasukkan ke Hospital Serdang selepas menjalani pemeriksaan rutin kira-kira 12 tengah hari, Khamis. - Gambar fail
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menjalani rawatan jantung sejak Khamis lalu dibenarkan keluar dari Hospital Serdang pagi ini.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Pandikar merakamkan penghargaan kepada semua yang mendoakan agar beliau cepat sembuh.
Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi melawat beliau dua hari lalu.
"Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah melawat saya di Hospital Serdang pada 11 Ogos 2016 walau pun dalam kesibukan beliau mentadbir negara.
"Terima kasih kepada warga kerja Hospital Serdang terutama sekali pihak pentadbiran diketuai Pengarah Hospital Dr Rohana Johan dan pakar perubatan jantung khasnya Dr Kahar Abdul Gafar, Dr Kamaraj dan Dr Sri Ram serta semua yang terlibat merawat saya," katanya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas menjalani pemeriksaan rutin kira-kira 12 tengah hari, Khamis.
Pihak hospital turut melakukan pembedahan kecil dengan serta-merta selepas mendapati terdapat jangkitan pada jantungnya.
Topic Berkaitan
#Hospital Serdang
#Pandikar Amin
#Parlimen
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan