awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 60 negara sertai Indonesia kecam serangan terhadap pasukan pengaman di Lubnan
LADA perkukuh pelancongan Langkawi di Johor dan Singapura menerusi kerjasama B2B
Ringgit terus catat kenaikan berbanding dolar AS didorong sentimen lebih baik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandora Papers: Anwar tidak puas hati Speaker Dewan Rakyat bertindak seperti 'peguam bela'

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/10/2021
04:11 MYT
Pandora Papers: Anwar tidak puas hati Speaker Dewan Rakyat bertindak seperti 'peguam bela'
Anwar menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Azhar Azizan Harun yang bukan sahaja menolak usul membincangkan Pandora Papers, malah disifatkan peguam bela kepada golongan yang menyimpan wang di luar negara. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang bukan sahaja menolak usul membincangkan Pandora Papers, malah disifatkan ‘peguam bela’ kepada golongan yang menyimpan wang di luar negara.
Ahli Parlimen Port Dickson itu beliau mendesak agar usul tersebut dibentang dan dibahaskan hari ini juga, kerana terdapat dakwaan jumlah wang dari Malaysia yang disimpan di luar negara, sudah mencecah ratusan bilion.
Katanya lagi, isu itu wajar dibahaskan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan Pandora Papers, tetapi juga laporan Global Financial Integrity 2012 serta pendedahan Panama Papers pada 2015.
“Yang di-Pertua nak jadi peguam bagi pihak perasuah-perasuah ini sebab apa? Saya ada seluruh dokumen yang ada ini... dan ia (terangkan) bagaimana seorang menteri umpamanya, boleh simpan saham di sana. Kalau ini bukan pengaliran keluar ia datang dari mana? Dari langit?
“Saya mahu hari ini juga dibentang dan dibahas. Dan seperti mana saya sebut, minggu lalu, kita tidak hukum, mungkin ada orang buka akaun di tax haven (pusat kewangan luar pesisir) itu tidak semestinya cara rompakan atau rasuah.
“Tetapi kebanyakan kes yang terlibat ini melibatkan pembesar, menteri-menteri, pemimpin- pemimpin negara, yang tidak ada sebab mengapa boleh kumpul wang begitu banyak di luar negara,” tegasnya lagi.
Anwar berkata demikian ketika bangkit meminta penjelasan Azhar yang menolak usul baharu yang beliau failkan di bawah Peratusan Mesyuarat 91 dan 92, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat untuk membincangkan urusan Pandora Papers di Dewan Rakyat.
BACA: Pandora Papers: Dua ahli politik Malaysia antara 336 didakwa miliki akaun luar pesisir
BACA: Pandora Papers: Ini apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Pandora Papers: Ahmad Zahid sedia disiasat, nafi cuba lari bayar cukai
Terdahulu, Azhar berkata, Anwar sepatutnya menggunakan Peraturan 43 bagi membolehkan Dewan Rakyat membincangkan keputusan yang telah beliau sampaikan pada minggu lepas.
Selain itu, Azhar berkata, sepanjang pengetahuan beliau, Pandora Papers bukan mengenai penyorokan atau pengeluaran wang sehingga berbilion ringgit ke luar negara.
“Saya rasa sepanjang pengetahuan saya, Pandora Papers bukanlah mengenai mengenai penyorokan atau pengeluaran wang berbilion dari negara kita keluar. Tapi pendedahan pemegangan saham di dalam syarikat luar persisir. Itu perkara yang berlainan Yang Berhormat.
“Saya telah baca sedikit sebanyak mengenai Pandora Papers, dan ia bukan mengenai outflow money, tapi shareholoding of several individuals di offshore. Dia bukan sorok wang seperti yang YB katakan.
“Jadi dua perkara berlainan, malah saya nampak pegangan syer, kecil saja, bukan berbilion. Ada yang lima pound saja... kalau tak silap saya,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Pandora Papers
#Anwar Ibrahim
#Azhar Azizan Harun
#wang luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan