awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Bung Moktar cadang wujudkan sekolah perpaduan

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2021
09:42 MYT
Parlimen: Bung Moktar cadang wujudkan sekolah perpaduan
Bung Moktar Radin berkata walaupun sekolah perpaduan mempunyai aliran kebangsaan, Cina, Tamil dan lain-lain, namun sekurang-kurangnya pelajar kan berada di dalam satu kawasan. - Gambar JAPEN
KUALA LUMPUR: Sekolah perpaduan yang mempunyai pelbagai aliran dicadang diwujudkan kembali bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama di negara ini.
Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata walaupun sekolah perpaduan mempunyai aliran Kebangsaan, Cina, Tamil dan lain-lain, namun sekurang-kurangnya pelajar akan berada di dalam satu kawasan sekali gus berkongsi hidup dengan aman damai tanpa lupa asal usul.
"Boleh ada ajaran kelas aliran sekolah-sekolah begini, tetapi carilah sekolah perpaduan, wujudkan sekurang-kurangnya mereka duduk dalam satu bumbung, berkongsi dewan, berkongsi kantin, dan berkongsi padang, barulah ada cetusan perpaduan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan pada persidangan Dewan Rakyat, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata sekiranya perpaduan dalam negara diurus dengan sebaik mungkin, masyarakat luar tidak akan cuba mengganggu gugat keharmonian negara kerana mereka tahu perpaduan itu amat penting untuk semua pihak.
Menjawab celahan M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai kewujudan Sekolah Kebangsaan Wawasan sebelum ini, beliau berkata pelaksanaan sekolah itu tidak dijalankan dengan sebaik mungkin.
"Kalau mahu melihat perpaduan benar-benar berlaku pada masa akan datang, kita kena sediakan platform yang baharu kepada anak bangsa, kalau tidak mereka akan tuduh kita selaku ibu bapa tidak bertanggungjawab mewujudkan perpaduan dalam negara untuk mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Dewan Rakyat
#sekolah perpaduan
#Sekolah Wawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan