awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen juga sama seperti tempat kerja lain, ianya selamat jika ikut SOP - MHC

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
01/08/2021
11:56 MYT
Parlimen juga sama seperti tempat kerja lain, ianya selamat jika ikut SOP - MHC
Selain memastikan keselamatan semua pihak yang menghadirinya terjamin, proses demokrasi berparlimen juga adalah satu perkhidmatan penting, ia perlu dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menangguhkan persidangan Parlimen Malaysia perlu dibuat berdasarkan kepada sains dan kesihatan awam serta tidak perlu dipolitikkan.
Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) dalam satu kenyataan pada Ahad menjelaskan, selain memastikan keselamatan semua pihak yang menghadirinya terjamin, demokrasi berparlimen juga adalah satu perkhidmatan penting, ia perlu dilaksanakan terutamanya ketika berhadapan pandemik COVID-19.
Justeru MHC berpendapat perlunya ada kerjasama dari segi pemeriksaan awam, penggubal undang-undang dan perdebatan dalam membuahkan idea bernas untuk memerangi wabak itu.
Selain itu, MHC memaklumkan situasi di Dewan Parlimen juga adalah sama seperti tempat kerja, yang mana pelaksanaannya boleh dilihat seperti di bank, pejabat dan kilang selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Oleh itu, Parlimen Malaysia dapat berfungsi dengan selamat jika mengikut kepada prosedur operasi standard (SOP) tempat kerja yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,” jelas kenyataan itu.
Malah kenyataan itu menambah, majoriti ahli Parlimen sudah divaksin penuh dan semua individu yang ingin memasuki ke Parlimen perlu disahkan negatif COVID-19.
“Langkah pencegahan tambahan boleh dilaksanakan untuk membolehkan persidangan Parlimen, seperti secara maya atau hibrid dan memberi vaksin kepada semua kakitangan Parlimen secepat mungkin,” ujarnya lagi.
Selain itu, para pakar kesihatan dan Kementerian Kesihatan perlu mempamerkan konsistensi dengan tidak menggugat kepercayaan orang ramai bahawa sistem kesihatan negara tidak dipolitikkan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Majlis Keselamatan Negara
#Parlimen
#rakyat Malaysia
#pandemik
#SOP
#undang-undang
#COVID-19
#vaksin
#Malaysia
#Gabungan Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan