awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen sedia bersidang bila-bila masa - YDP Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2021
06:07 MYT
Parlimen sedia bersidang bila-bila masa - YDP Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut sifatkan komitmen Muhyiddin untuk mengadakan sidang pada September dan Oktober adalah rasional. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menetapkan tarikh persidangan Parlimen mengikut waktu yang dirasakan sesuai oleh beliau.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut sifatkan pihaknya sedia menjalankan sidang Parlimen pada bila-bila masa yang ditetapkan.
“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Beliau berhak memanggil sidang mengikut Perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut.
"Antaranya kerana angka COVID-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak Parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas perutusan khas Perdana Menteri ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara bahawa sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa Ketiga Strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar September atau Oktober ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Muhyiddin menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, setelah kes COVID-19 terkawal dan hampir mencapai imuniti berkelompok.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Datuk Azhar Azizan Harun
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Parlimen
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan