awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS bincang keahlian Mohamed Nabi hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2014
23:00 MYT
PAS bincang keahlian Mohamed Nabi hari ini
MAT SABU: Saya tidak tahu apakah lelaki itu, Mohamed Nabi Bux, seorang ahli parti seperti yang beliau dakwa. -Gambar Fail
PAS akan mengadakan mesyuarat pada Ahad antara lain membincangkan kedudukan individu yang mendakwa dirinya sebagai ahli parti dan menawarkan diri sebagai calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu apakah lelaki itu, Mohamed Nabi Bux seorang ahli parti seperti yang beliau dakwa.
"Kalau dia ahli parti, (kedudukannya) bergantung kepada keputusan mesyuarat esok kerana melanggar arahan parti," katanya selepas majlis pengumuman calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor oleh DAP pada Sabtu.
Mohamed Nabi pada Jumaat lalu menawarkan diri sebagai calon dan memohon Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi restu.
Katanya, beliau mahu bertanding kerana berhasrat menjelaskan isu hudud dan bercita-cita hendak melihat hudud dilaksanakan di Pulau Pinang menjelang 2020.
"Satu undi untuk saya adalah undi untuk hudud," katanya.
Jelas Mohamad, PAS sudah memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu dan tidak merestui mana-mana ahli parti itu untuk bertanding.
"Calon PAS adalah daripada DAP... Calon PAS hanya bawa simbol roket," kata Timbalan Presiden parti itu yang sebelum ini turut dicadangkan oleh sesetengah pihak supaya dicalonkan bagi pilihan raya kecil ini.
DAP pada Sabtu menamakan Ramkarpal Singh bertanding di kerusi yang sebelum ini diwakili oleh mendiang bapanya, Karpal Singh.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas kematian Karpal yang maut dalam satu nahas jalan raya pada 17 April lalu.
Penamaan calon pilihan raya kecil ini ditetapkan pada 21 Mei manakala pengundian pada 25 Mei.
Topic Berkaitan
#ahli parti
#Bukit Gelugor
#calon
#individu
#mesyuarat
#Mohamad Sabu
#Mohamed Nabi Bux
#PAS
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan