awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas dah lama jangka Muhyiddin bebas tuduhan rasuah - Takiyuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2023
08:43 MYT
Pas dah lama jangka Muhyiddin bebas tuduhan rasuah - Takiyuddin
TAKIYUDDIN: "Jelas, pendakwaan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang." - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Pas sudah menjangkakan sejak awal bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Program Jana Wibawa.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana Pas yakin pertuduhan yang dikenakan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik.
Menurutnya, Pas selaku sekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam PN sememangnya pasti tuduhan itu sebagai satu perancangan untuk melemahkan PN.
"Namun saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita (PN), malah telah menambahkan lagi sokongan dalam pilihanraya negeri di enam negeri Sabtu lalu.
"Jelas, pendakwaan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.
"Pas turut yakin tindakan terhadap Muhyiddin juga adalah bagi menutup aib dan melencongkan perhatian rakyat daripada isu yang berlaku di dalam parti UMNO yang menjadi sebahagian daripada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada Selasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dibebaskan daripada empat pertuduhan berkenaan.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.
Mengulas lanjut, Takiyuddin menzahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut.
"Alhamdulillah, Pas bersyukur dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi yang telah melepas dan membebaskan Muhyiddin.
"Pas menentang sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik," tegas beliau.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Jana Wibawa
#Takiyuddin Hassan
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan