awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS jangka 200,000 hadiri perhimpunan RUU 355

Bernama
Bernama
15/02/2017
10:27 MYT
PAS jangka 200,000 hadiri perhimpunan RUU 355
Perhimpunan di Padang Merbok Sabtu ini bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu akan bermula 2 petang sehingga 11 malam dan menampilkan 21 pemidato termasuk pemimpin bukan Islam. - Gambar fail
PAS menjangkakan kira-kira 200,000 orang hadir Perhimpunan RUU 355 anjuran parti itu di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berkata perhimpunan bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu akan bermula 2 petang sehingga 11 malam dan menampilkan 21 pemidato termasuk pemimpin bukan Islam.
Pada sebelah malam pula akan diadakan majlis munajat/solat hajat perdana memohon RUU itu diluluskan, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Pada 24 Nov lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Nasrudin Hassan Tantawi
#Padang Merbok
#PAS
#RUU 355
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan