awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas kekal tak mahu isu calon PM dibincang

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2026
00:43 MYT
Pas kekal tak mahu isu calon PM dibincang
Tumpuan Pas turut diberikan kepada pengukuhan Perikatan Nasional bersama parti komponen lain.
Pas mengekalkan pendirian bahawa isu calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dibincangkan ketika ini, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada isu lebih mendesak melibatkan rakyat dan negara.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan mengenainya tidak wajar menjadi keutamaan gabungan terbabit ketika ini.
"Apa yang penting tarikh pilihan raya pun belum ada dan kini tumpuan perlu diberi kepada isu yang berlaku dalam negara dan kos sara hidup.
"Keutamaan Pas ketika itu turut diberikan kepada isu pengukuhan Perikatan Nasional (PN) bersama parti komponen lain," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN bukan jaminan Menteri Besar Terengganu itu dijadikan sebagai calon Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, isu calon pemimpin yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri jika PN memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak adalah perkara berbeza dengan lantikan pengerusi gabungan itu.
Dalam masa sama, bekas Perdana Menteri itu berkata, soal calon Perdana Menteri daripada PN juga belum dibincangkan lagi bersama parti rakan komponen, Pas.
Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa buat masa ini tumpuan utama juga perlu diberikan kepada isu lebih penting termasuk konflik di Asia Barat.
"Isu peperangan di Iran jauh lebih penting untuk dibincang pada masa ini," ujarnya.
Sementara itu, Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, memang benar calon Perdana Menteri tidak semestinya Pengerusi PN, jika PN memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).
Bagaimanapun, beliau berpandangan, PN sudah tentu akan hampir pasti memilih Pengerusi mereka untuk memegang jawatan tersebut.
"Tambahan pula, dalam keadaan hari ini, yang mana Pengerusi PN baharu, Dr Ahmad Samsuri telah membawa semangat baharu kepada PN.
"Rata-rata rakyat mengakui bahawa beliau memiliki ciri-ciri yang sesuai bagi seorang Perdana Menteri. Seorang teknokrat sederhana yang boleh diterima oleh setiap lapisan rakyat Malaysia.
Justeru, beliau menyifatkan, agak mustahil untuk PN memilih orang lain sebagai PM sekiranya PN memenangi PRU.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, pelantikan Perdana Menteri adalah hak Yang di-Pertuan Agong yang perlu dihormati. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#calon perdana menteri
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan