awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kembar maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Bernama
Bernama
21/11/2023
22:30 MYT
Pasangan kembar maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Menurut polis, pasangan kembar itu menetap di Jeram dan bekerja sebagai penghantar barang sebuah syarikat kurier di Puncak Alam.
SHAH ALAM: Sepasang kembar lelaki berusia 18 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Rezab Derahman, Jeram dekat sini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata kejadian yang berlaku kira-kira 11.50 pagi itu mengakibatkan kedua-dua pemuda itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Hasil siasatan mendapati motosikal yang dinaiki pasangan kembar itu cuba memotong sebuah van yang berada di laluan sama, bagaimanapun, van tersebut membelok ke kanan dan menyebabkan mangsa terlanggar bucu depan sebelah kanan van itu lalu hilang kawalan dan terbabas," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata pasangan kembar itu menetap di Jeram dan bekerja sebagai penghantar barang sebuah syarikat kurier di Puncak Alam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan kembar maut
#kemalangan jalan raya
#penunggang motosikal maut
#Polis Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan