awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan

Bernama
Bernama
02/03/2024
10:16 MYT
Pasangan warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan di Jalan Datuk Bandar Mustapha, Kuching, pagi tadi. - Foto JBPM
KUCHING: Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan yang bersambung dengan rumah mereka di Jalan Datuk Bandar Mustapha, dekat sini, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata mangsa Chin Ah Jon, 70, dijumpai di kawasan ruang tamu manakala isterinya, Lim Gek Hue, 60, di bilik tidur.
"Anak pasangan itu mengesahkan kedua-dua mangsa merupakan ibu bapanya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 4 pagi dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.23 pagi, sebelum memulakan operasi mencari mangsa.
"Bomba mendapatkan bantuan anjing forensik daripada Unit K9 JBPM Sarawak, Wief bagi mengumpul bahan bukti serta mencari punca kejadian itu," katanya.
Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, memaklumkan struktur bengkel berkenaan terbakar 100 peratus, selain lima kenderaan pelbagai jenis turut terbakar sepenuhnya.
Mayat pasangan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kebakaran bengkel
#Bomba Sarawak
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan