awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas maut kemalangan di Sabak Bernam

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2018
03:42 MYT
Pasangan warga emas maut kemalangan di Sabak Bernam
mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas - Sinar Harian
Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kenderaan dipandu anak lelaki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Kilometer 45 Jalan Teluk Intan-Klang, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.45 malam Rabu itu, mangsa, Kamsiah Omar, 64, meninggal dunia selepas tercampak ke dalam parit dan dihimpit kenderaan terbabit.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.
Beliau berkata, suami mangsa, Bahari Tuimin, 74, yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.
"Kejadian berlaku ketika mereka dalam pejalanan dari Teluk Intan ke Sungai Besar.
"Bagaimanapun, sejurus tiba di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mereka sekeluarga yang beralamat di Tebuk Seri Aman Tali Air 13 Sungai Nipah terbabas lalu menjunam ke dalam parit di sebelah kiri jalan menghala Sungai Besar," katanya.
Beliau memberitahu, anak mangsa, Nazli, 44, dikejarkan ke Hospital Teluk Intan akibat cedera parah.
"Kes kemalangan ini dikendalikan Inspektor Nur Amalina Abdul Hamid mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#meninggal dunia
#Sabak Bernam
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan