awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar Harian Selayang kini lebih bersih, moden

Bernama
Bernama
01/07/2022
23:50 MYT
Pasar Harian Selayang kini lebih bersih, moden
Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur dan Jejambat Jalan Ipoh yang baharu dirasmikan Shahidan semalam, 1 Julai 2022. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembinaan bangunan baharu Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur (PHSKL) di sini dengan persekitaran yang lebih bersih, moden dan selesa merupakan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan keselesaan serta kesejahteraan warga kota termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pasar moden empat tingkat itu yang boleh memuatkan 673 gerai peniaga, dilengkapi pelbagai kemudahan seperti lif, eskalator, medan selera, parkir bertingkat, ruang punggah dan kamera litar tertutup (CCTV), selain susun atur ruang perniagaan yang lebih sistematik.
"Pasar ini turut menyediakan bilik pemprosesan bagi pembuatan ais untuk kegunaan peniaga yang menjual barangan basah serta dua bilik beku bagi penyimpanan barangan mentah.
"Selain itu, 641 petak parkir kereta dan 269 petak motosikal disediakan di dalam kompleks pasar yang turut dilengkapi sembilan unit CCTV di luar dan 30 unit CCTV di dalam bangunan.
"Dengan adanya jaminan sebegini, semua pihak akan rasa terjamin dan selamat," katanya ketika berucap merasmikan PHSKL dan jejambat Jalan Ipoh ke PHSKL pada Jumaat.
Projek pembinaan PHSKL dengan peruntukan RM90 juta itu dimulakan pada 11 Mei 2018 dan siap dibina pada 5 Nov 2020, sebelum ia mula beroperasi pada 1 Jun tahun lepas.
Shahidan berkata sebagai menyahut seruan kerajaan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), PHSKL turut dilengkapi sistem solar photovoltaic (PV) bagi tujuan mengurangkan penggunaan elektrik.
"Selain itu, sistem Penuaian Air Hujan juga dilaksanakan iaitu takungan air hujan diguna semula oleh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bagi tujuan penyelenggaraan bangunan dan penyiraman tanaman di sekitar pasar," katanya.
Beliau berkata jejambat sepanjang 350 meter yang menghubungkan Jalan Ipoh ke PHSKL juga siap dibina pada Mac lepas, bertujuan menangani kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar dan mempercepatkan perjalanan ke pasar moden itu terutama pada waktu puncak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur
#Shahidan Kassim
#PHSKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan