awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran hartanah Malaysia raih paras tertinggi dalam lima tahun pada separuh pertama 2024

Bernama
Bernama
09/09/2024
15:05 MYT
Pasaran hartanah Malaysia raih paras tertinggi dalam lima tahun pada separuh pertama 2024
Pasaran hartanah Malaysia pada separuh pertama 2024 mencatat pertumbuhan tertinggi bilangan dan nilai transaksi dalam tempoh lima tahun, kata Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). - Gambar fail/Dagang News
PUTRAJAYA: Pasaran hartanah Malaysia pada separuh pertama 2024 mencatat pertumbuhan tertinggi bilangan dan nilai transaksi dalam tempoh lima tahun, kata Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Menurut Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 yang dikeluarkan hari ini, JPPH berkata pada separuh pertama tahun ini, transaksi menokok lapan peratus dan 23.8 peratus kepada 198,906 bernilai RM105.65 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian tertinggi pasaran hartanah pada separuh pertama 2024 didorong oleh pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 5.9 peratus.
"Ini membuktikan Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai transformasi ekonomi negara berdasarkan kerangka Ekonomi MADANI," katanya yang menyempurnakan pelancaran laporan itu.
Terdahulu, Lim turut merasmikan Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa (IRERS 2024) serta Sambutan Jubli Perak Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di Institut Penilaian Negara (INSPEN).
Mengulas lanjut, Lim berkata sokongan berterusan kerajaan melalui pelaksanaan langkah Belanjawan 2024, termasuk menyediakan jaminan sehingga RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan, pengekalan Kadar Dasar Semalaman pada 3.0 peratus dan pengecualian duti setem dokumen pindah milik bagi pembelian rumah pertama, menjadi pemangkin pasaran hartanah yang lebih kukuh.
Menurut Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024, prestasi aktiviti pasaran mengikut subsektor menunjukkan pertumbuhan kukuh iaitu subsektor kediaman (6.1 peratus), komersial (22.4 peratus), industri (2.3 peratus), pertanian (6.5 peratus) dan tanah pembangunan (12.1 peratus).
Nilai transaksi meningkat bagi semua subsektor terutama komersial (41.5 peratus) dan tanah pembangunan (59.3 peratus).
Menurut Lim, segmen aktiviti pembinaan bagi hartanah kediaman sangat menggalakkan apabila semua peringkat pembinaan menunjukkan pertumbuhan positif.
"Namun masih ada risiko dan cabaran ekonomi global serta persekitaran luaran yang sukar diramal," katanya.
Beliau berkata, bagi menggalakkan pengembangan pasaran hartanah, kerajaan memperkenalkan inisiatif melalui kerangka Ekonomi MADANI, antaranya menambah baik fleksibiliti syarat permohonan bagi program Malaysia My Second Home (MM2H), membangunkan Zon 2 Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Projek Rapid Transit Link (RTS) Johor Bahru-Singapura dan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak dijangka terus memangkin peningkatan ekonomi dan pasaran hartanah negara, katanya.
Laporan Pasaran Harta dan semua penerbitan lain boleh dilayari melalui portal rasmi NAPIC di https://napic2.jpph.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
#pasaran hartanah Malaysia
#paras tertinggi
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan