awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan FRU tiba di LRT Bangsar, peserta mula berarak

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/01/2022
03:40 MYT
Pasukan FRU tiba di LRT Bangsar, peserta mula berarak
Trak FRU tiba di kawasan LRT Bangsar selepas jumlah peserta Himpunan #TangkapAzamBaki dilihat semakin ramai sejak jam 11 pagi tadi. -Astro AWANI/Ridauddin Daud
KUALA LUMPUR: Trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat tiba di kawasan LRT Bangsar selepas jumlah peserta Himpunan #TangkapAzamBaki semakin ramai sejak jam 11 pagi tadi.
Perhimpunan walau bagaimanapun masih berjalan tanpa sebarang insiden tidak diingini di bawah pemantauan anggota polis yang bertugas.
Setakat ini, tiada provokasi berlaku dan para peserta dilihat berarak sambil menyanyi, memalu gendang dan bersorak.
Antara yang berulang kali dilaungkan ialah "Tangkap Azam Baki", "Rombak SPRM" dan "Hidup Rakyat".
Peserta perhimpunan turut bertepuk tangan, berterima kasih kepada anggota polis yang memberikan laluan buat mereka.
Antara pemimpin politik yang dilihat hadir ialah Ketua Dapsy, Howard Lee Chuan How; Bendahari Muda, Tarmizi Anuwar; dan aktivis politik, Adam Adli Abdul Halim serta Mandeep Singh.
Beberapa peguam juga dilihat berada di kawasan ini untuk membantu peserta himpunan yang memerlukan khidmat mereka.
Difahamkan, peserta akan berarak ke Brickfields dan dipercayai beberapa pemimpin akan memberikan ucapan di sana.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Adam Adli
#FRU
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan