awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan khas ditubuh siasat punca kemalangan tren KTMB

Bernama
Bernama
08/05/2016
13:19 MYT
Pasukan khas ditubuh siasat punca kemalangan tren KTMB
Semua penumpang dipindahkan melalui bas perantara yang disediakan untuk menyambung perjalanan masing-masing. - Gambar fail
Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran stesen Kuala Kubu Baharu semalam.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pasukan itu diketuai KTMB dan diharap dapat memberikan laporan insiden itu secepat mungkin.
"Kementerian memandang serius insiden kemalangan ini. Ia tidak sepatutnya berlaku.
"Melalui siasatan, kita akan tahu sama ada kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu mengikut prosedur atau kegagalan sistem itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di sini Ahad.
Tiga penumpang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian 1.45 tengah hari itu melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)(Kuala Lumpur-Ipoh) yang bergesel di KM322.
Semua penumpang dipindahkan melalui bas perantara yang disediakan untuk menyambung perjalanan masing-masing.
BACA: Kereta api dan ETS bertembung di Jalan Kuala Kubu
Mengulas lanjut Liow berkata pemandu kereta api terbabit juga telah digantung tugas sementara dan turut berharap insiden itu tidak akan berulang lagi.
Topic Berkaitan
#Ekspres Rakyat
#Perkhidmatan Tren Elektrik
#Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran stesen Kuala Kubu Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan