awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan khas kaji dakwaan Tommy Thomas adakan mesyuarat pertama

Bernama
Bernama
24/12/2021
09:23 MYT
Pasukan khas kaji dakwaan Tommy Thomas adakan mesyuarat pertama
Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuala Lumpur, semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat kajian awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku tersebut antaranya isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.
"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan dari tarikh lantikan," katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan khas itu dipengerusikan Penasihat Undang-Undang Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urus setia.
Pasukan khas itu dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.
Ia turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Jagjit Singh Bant Singh, dua peguam Datuk Shaharudin Ali dan K. Balaguru serta wakil daripada Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).
Wan Junaidi berkata memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan pasukan petugas khas itu termasuk terma rujukan, keanggotaan, implikasi kewangan telah dibentang dan diluluskan Jemaah Menteri.
Thomas telah menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun ini namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan dan fitnah.
Berikutan itu, polis telah menerima lebih 100 laporan terhadap Thomas berhubung penerbitan buku berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tommy Thomas
#My Story Justice in the Wilderness
#petugas khas
#siasatan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#mesyuarat pertama
#Bekas Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan