awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan 'mobile outreach' berjaya cepatkan vaksinasi di Sarawak - Abang Johari

Bernama
Bernama
03/07/2021
06:28 MYT
Pasukan 'mobile outreach' berjaya cepatkan vaksinasi di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari, pasukan itu telah digerakkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar di seluruh negeri bagi membantu untuk melancarkan program berkenaan. - Gambar Bernama.
KUCHING: Pasukan 'Mobile Outreach' untuk program vaksinasi COVID-19 di Sarawak berjaya mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula di Sarawak awal Mac lepas, pasukan itu telah digerakkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar di seluruh negeri bagi membantu untuk melancarkan program berkenaan.
Jelasnya usaha itu juga melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), wakil rakyat, swasta dan korporat.
"Ini membolehkan rakyat disuntik tanpa perlu ke tempat lain. Mereka yang uzur dan mungkin sukar untuk bergerak juga diberikan suntikan oleh pasukan ini secara terus di rumah mereka.
"Pendekatan ini pasti menghasilkan kejayaan untuk kita capai sasaran kita memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk Sarawak menjelang Ogos," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Datuk Daud Abdul Rahman di sini hari ini.
Setakat semalam 1,151,744 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksinasi Sarawak
#mobile outreach Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Ketua Menteri Sarawak
#Sarawak
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan