awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Outreach Vaksinasi mula bergerak ke luar bandar, rumah panjang di Sibu

Bernama
Bernama
13/06/2021
00:45 MYT
Pasukan Outreach Vaksinasi mula bergerak ke luar bandar, rumah panjang di Sibu
Dr Annuar berkata, jumlah vaksin disediakan mampu menampung keperluan penduduk di Sibu dan PPV juga akan ditambah sekiranya perlu. - Facebook Dr Annuar Rapaee
SIBU: Pasukan Outreach Vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula bergerak memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk rumah-rumah panjang di kawasan luar bandar di Sibu, bermula semalam.
Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata antara kawasan yang telah didatangi pasukan itu termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dengan memberi vaksin jenis Sinovac.
"Kita juga minta kerjasama tuai-tuai rumah supaya memastikan anak buah mereka hadir menerima vaksin manakala penduduk yang enggan diberi vaksin akan diberi kaunseling," katanya ketika bersiaran langsung melalui media sosial miliknya malam tadi.
Dr Annuar yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata Sibu dijangka menerima 30,000 dos vaksin Sinovac setiap minggu untuk Jun, meningkat kepada 40,000 dos seminggu pada Julai dan Ogos, 50,000 dos seminggu.
Katanya jumlah vaksin itu mampu menampung keperluan penduduk di daerah ini dan pusat pemberian vaksin (PPV) juga akan ditambah sekiranya terdapat keperluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Rapaee
#Sibu
#vaksin
#outreach
#Pasukan Outreach Vaksinasi COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#suntikan
#Sinovac
#DUN Bawang Assan
#tuai rumah
#kaunseling
#luar bandar
#Rumah panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan