awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
04/06/2024
06:10 MYT
Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha
Menurut Dr Zaliha, pasukan petugas itu turut melibatkan badan bukan kerajaan, arboris (pakar tumbuhan berkayu) dan pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara akan mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga dijemput bagi menghadiri mesyuarat itu yang belum ditetapkan tarikhnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) antara Perbadanan Putrajaya dan Tenaga Nasional Berhad di sini hari ini.
Pasukan petugas itu turut melibatkan badan bukan kerajaan, arboris (pakar tumbuhan berkayu) dan pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Ditanya mengenai cadangan KPKT tentang perlunya pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai arboris dalam perkhidmatan bagi menambah baik pengurusan landskap di setiap kawasan perbandaran, Dr Zaliha menyambut baik cadangan itu.
"PBT di Wilayah Persekutuan semenangnya mempunyai arboris serta kepakaran luar," katanya.
Penubuhan pasukan petugas itu susulan beberapa kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang termasuk pada 7 Mei lepas yang meragut nyawa seorang lelaki dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan petugas pantau pokok teduhan
#Zaliha Mustafa
#mesyuarat pertama
#Pokok tumbang
#KPKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan