awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan SWAT SFC Sarawak tumpaskan buaya Taman Negara Bako

Bernama
Bernama
14/08/2016
00:24 MYT
Pasukan SWAT SFC Sarawak tumpaskan buaya Taman Negara Bako
19 lokasi termasuk perairan di Taman Negara Bako telah diisytiharkan sebagai Zon Bunuh Buaya (CRZ) kerana kehadiran buaya di kawasan-kawasan ini akan menimbulkan konflik serius. - Gambar hiasan
Seekor buaya dewasa berukuran 14 kaki panjang ditumpaskan di perairan Teluk Paku di Taman Negara Bako, kira-kira 40 km dari sini awal pagi Sabtu.
Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan berkata, buaya itu dibunuh dalam operasi yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC selepas buaya itu dilihat berada di perairan di Teluk Paku oleh Renjer Taman baru-baru ini.
"Pasukan SWAT di Taman Negara Bako telah dimaklumkan untuk memburu buaya itu. Buaya jantan akhirnya tejerat pagi tadi dan dengan segera dibunuh," menurut kenyataan.
Menurut kenyataan itu, 19 lokasi termasuk perairan di Taman Negara Bako telah diisytiharkan sebagai Zon Bunuh Buaya (CRZ) kerana kehadiran buaya di kawasan-kawasan ini akan menimbulkan konflik serius antara manusia dan buaya.
CRZ kebanyakannya ialah kawasan yang padat yang penduduk, kawasan riadah, seperti resort, tebing sungai, tepian sungai, sekolah, klinik dan oleh itu, kehadiran buaya di kawasan-kawasan ini tidak akan dibiarkan.
"Untuk keselamatan orang ramai, buaya yang ditemui di Zon Bunuh Buaya akan dibunuh," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#buaya
#Sarawak Forestry Corporation
#SFC
#SWAT
#Taman Negara Bako
#Zon Bunuh Buaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan