awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gesa siasatan serangan Israel di Tebing Barat

Bernama
Bernama
10/04/2026
01:09 MYT
PBB gesa siasatan serangan Israel di Tebing Barat
Setiap serangan terhadap orang awam perlu disiasat secara menyeluruh dan “pelaku keganasan mesti dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kata Stephane Dujarric. - Gambar fail Reuters
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menggesa agar siasatan dijalankan terhadap peningkatan keganasan oleh pendatang haram Israel di Tebing Barat, sambil menegaskan bahawa Israel mesti memenuhi tanggungjawabnya sebagai kuasa pendudukan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Sejak awal 2026, lebih 580 serangan oleh pendatang haram Israel mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda di lebih 190 komuniti Palestin,” kata jurucakap, Stephane Dujarric kepada pemberita.
Beliau menegaskan, setiap serangan terhadap orang awam perlu disiasat secara menyeluruh dan “pelaku keganasan mesti dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
Gesaan supaya perlindungan diberikan dibuat ketika ketegangan serantau terus memuncak, selain insiden agresif yang menyasarkan anggota PBB turut meningkat.
Dujarric berkata, sebuah kereta kebal Merkava milik Israel pada Rabu menghalang konvoi logistik Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), dengan menghalakan meriam utamanya ke arah pasukan pengaman serta melepaskan tembakan mesingan yang merosakkan sebuah kenderaan.
UNIFIL pada Selasa memaklumkan, peluru yang membunuh seorang anggota pengaman PBB di Lubnan bulan lalu dilepaskan dari sebuah kereta kebal tentera Israel.
Krisis kemanusiaan itu turut menular ke zon konflik lain.
Di Sudan, satu serangan dron ketika majlis perkahwinan di Darfur Utara mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.
“Kami mengecam insiden ini serta semua serangan terhadap orang awam. Serangan menggunakan dron terhadap orang awam dan objek awam tidak boleh diterima,” kata Dujarric.
Sementara itu, lebih 1 juta pelarian Sudan di Chad berdepan “pengurangan perkhidmatan asas yang mengancam nyawa” berikutan kekurangan dana, menyebabkan bantuan hanya dapat disalurkan kepada empat daripada 10 pelarian, katanya.
Di Yaman, krisis semakin meruncing apabila keperluan kemanusiaan terus meningkat selain keadaan banjir yang semakin buruk, menurut Dujarric.
Beliau berkata lebih 22 juta orang termasuk lebih 10 juta wanita dan kanak-kanak perempuan, memerlukan bantuan kemanusiaan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#PBB
#Tebing Barat
#Stephane Dujarric
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan