awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdP yang lebih inovatif, kondusif dengan platform DELIMa 2.0

Israr Khalid
Israr Khalid
24/11/2021
01:39 MYT
PdP yang lebih inovatif, kondusif dengan platform DELIMa 2.0
Matlamat KPM ialah supaya pelajar dan guru menjadi lebih berdaya inovatif. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk mewujudkan pendidikan yang berkualiti seiring perkembangan teknologi dan perubahan keadaan dunia.
Menyahut seruan Education 4.0, pendekatan global dalam sektor pendidikan untuk menyantuni kebangkitan Revolusi Perindustrian Keempat, KPM menerusi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terus menerapkan unsur inovasi sebagai teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) nya.
Buktinya dengan wujudnya pelantar DELIMa, atau nama penuhnya “Digital Education Learning Initiative Malaysia”, yang berjaya menghubungkan guru dengan murid untuk meneruskan proses PdP walaupun terpisah dan terbatas segalanya kerana pandemik COVID-19.
Malah kata Pengarah BSTP KPM, Maznah Abu Bakar, platform atas talian itu turut menggalakkan budaya inovatif, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah, baik dihadapi guru mahupun murid.
“BSTP mahu mencapai standard global dalam menghasilkan inovasi bertaraf dunia, maka dibangunkan DELIMa bersama Google, Microsoft dan Apple sebagai rakan strategik.
“Dalam DELIMa itu sendiri ada ILMS (Intelligent Learning Management System) di mana pelajar boleh PdP dalam talian menggunakan Google Classroom, Google Meet atau Microsoft Team, di situ kita lihat inovasi guru-guru untuk hasilkan bahan yang sesuai dan terkini yang boleh tarik perhatian anak-anak milenial,” katanya.
Menurut beliau, seiring keperluan masa kini, DELIMa telah dipertingkatkan ciri-cirinya dengan menggabungkan tiga perkara penting iaitu pembelajaran peribadi, pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dan penggunaan analisis data.
Ia dipanggil DELIMa 2.0 yang dimaklumkan akan dilancar pada Disember nanti.
“Ini akan beri satu nilai tambah yang baik dalam proses Pd, seperti “personalised learning” ia menggunakan kecerdikan buatan (A.I.) dan “machine learning” yang mana murid-murid akan dibantu A.I. bot untuk memberi panduan dan rujukan kepada murid ketika melayari DELIMa.
“Dalam DELIMa ada banyak aplikasi dibangunkan dan bahan yang boleh digunakan murid untuk menghasilkan pelbagai kerja yang dapat membantu pembelajaran kendiri,” katanya.
Kata Maznah, ia dapat dilihat dengan penganjuran pelbagai acara oleh BSTP seperti pertandingan penceritaan animasi, pertandingan “coding”, cabaran dron dan pelbagai lagi.
Matlamat akhirnya adalah untuk melihat sejauh mana pelajar boleh berinovasi dalam pelbagai bentuk, menepati saranan Education 4.0 itu untuk mempersiap generasi hari ini mendepani masa hadapan.
Agenda AWANI: Integrasi teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#DELIMa 2 0
#mewujudkan pendidikan berkualiti
#pdp
#KPM
#Kementerian Pendidikan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan