awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM guna teknologi drone hujung tahun ini - KPN

Anthea Yap
Anthea Yap
13/08/2015
16:12 MYT
PDRM guna teknologi drone hujung tahun ini - KPN
KHALID: Alat kawalan jauh itu akan digunakan antara lain untuk memantau situasi seperti perhimpunan haram dan rondaan di sekitar kawasan perumahan. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia, (PDRM) akan menggunakan teknologi drone menjelang hujung tahun ini bagi membantu pelaksanaan tugasan anggotanya di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata drone kawalan jauh itu akan digunakan antara lain untuk memantau situasi seperti perhimpunan haram dan rondaan di sekitar kawasan perumahan.
"Polis sebelum ini telah menubuhkan unit Drone di bawah Unit Udara PDRM bagi memudahkan anggotanya melakukan tugasan itu. Penggunaan teknologi drone ini masih di peringkat latihan.
"Apabila urusan berkaitan lesen bagi penggunaan alat ini selesai, InsyaAllah PDRM akan mengaplikasikan teknologi ini.
"Kita perlu melatih pegawai terlebih dahulu, perlu mendapatkan lesen alat itu, perlu melihat juga kepada undang-undang dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi alat itu," katanya pada sidang media selepas menutup Peringatan Hari Polis ke-208, di sini, hari ini.
Khalid berkata, selepas urusan berkaitan lesen bagi penggunaan alat itu diselesaikan, polis akan mengaplikastikan teknologi berkenaan.
"Penggunaan drone dalam penugasan polis secara tak langsung akan mengurangkan tenaga manusia serta menjimatkan kos," jelasnya.
Menurutnya, polis juga merancang memuatkan aplikasi pengesan wajah ke dalam drone yang bakal digunakan untuk tujuan pengecaman wajah penjenayah.
Topic Berkaitan
#dron
#kawalan jauh
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#PDRM
#pemantauan
#perhimpunan haram
#unit drone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan