awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara - KPN

Bernama
Bernama
25/03/2026
04:08 MYT
PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara - KPN
Mohd Khalid berkata di sebalik uniform biru warga pasukan, tersimpan seribu kisah keberanian, pengorbanan serta keikhlasan yang tidak pernah meminta balasan. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal utuh sebagai benteng utama dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan negara selepas melalui lipatan sejarah dan pengorbanan selama lebih dua abad.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata di sebalik uniform biru warga pasukan, tersimpan seribu kisah keberanian, pengorbanan serta keikhlasan yang tidak pernah meminta balasan.
Beliau berkata berbekalkan kecekalan, kepakaran dan pemerkasaan teknologi serta kepolisan moden, PDRM terus melangkah gagah mendepani cabaran semasa demi memastikan kedaulatan tanah air sentiasa terpelihara.
“Kami warga Sang Saka Biru akan terus berdiri teguh, setia menggalas amanah, tidak pernah gentar dan tidak akan sesekali berundur dalam memelihara keamanan serta keharmonian rakyat,” katanya dalam hantaran ucapan Selamat Hari Polis ke-219 di Facebook rasmi PDRM.
Mohd Khalid menyifatkan kepercayaan dan sokongan berterusan daripada masyarakat sebagai nadi kekuatan PDRM bagi memastikan Malaysia kekal aman, stabil serta sejahtera.
Menerusi hantaran sama, turut mengucapkan Selamat Hari Polis ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia Datin Seri Datuk Dr Munirah Che Rose dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia Datuk Zalena Mohd Ariffin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Hari Polis ke-219
#Mohd Khalid Ismail
#KPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan