awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Qatar kutuk tindakan Israel, tegaskan sokongan terhadap kedaulatan Lubnan
YTL AI Labs perkasa inovasi AI tempatan menerusi ILMU Claw
Sekat kapal kargo: Tiada neutraliti dalam pengangkutan bahan sokong Israel - GSF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kesan sindiket perkenal vape mengandungi dadah fentanyl ke pasaran Malaysia

Khalis Khadir
Khalis Khadir
21/04/2026
09:28 MYT
PDRM kesan sindiket perkenal vape mengandungi dadah fentanyl ke pasaran Malaysia
Datuk Hussein Omar Khan, berkata rokok elektronik yang mengandungi dadah termasuk furanyl fentanyl tidak dijual secara terbuka. - Gambar/ Astro AWANI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan usaha sindiket pengedaran dadah memperkenalkan produk rokok elektronik atau vape mengandungi furanyl fentanyl ke pasaran tempatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan, berkata ia dikenal pasti melalui Operasi bersepadu Op Vape 1.0 dari 13 hingga 17 April lalu di seluruh negara.
Katanya, produk rokok elektronik yang mengandungi dadah termasuk furanyl fentanyl tidak dijual secara terbuka, sebaliknya menyasarkan pelanggan terpilih yang berada dalam kelompok tertentu.
“Kita percaya penjualan vape yang mengandungi dadah ini tidak dibuat secara terbuka kepada semua orang. Mereka ada ‘circle’ atau pelanggan tetap yang dikenal pasti.
“Berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan, kita lihat ada usaha untuk memperkenalkan produk rokok elektronik mengandungi furanyl fentanyl ini ke dalam pasaran tempatan.
“Namun cecair furanyl fentanyl itu sendiri, kita percaya ia dibawa masuk ke Malaysia dari luar negara,” katanya pada sidang media JSJN, di sini, pada Selasa.
Katanya lagi, dadah fentanyl adalah sangat berbahaya kerana kesannya 50 hingga 100 kali ganda lebih kuat daripada heroin atau morfin.
“Di negara maju seperti Amerika Syarikat misalnya, kita lihat angka kematian akibat pengambilan melampau fentanyl adalah sangat tinggi.
“Ini sesuatu yang kita mahu elakkan daripada merebak di Malaysia,” tegas Hussein.
Mengenai Operasi bersepadu Op Vape 1.0, Hussein berkata, dalam pemeriksaan melibatkan 1,670 premis itu, sebanyak 8,091 peranti dan 5,257 katrij rokok elektronik dirampas bersama 19.67 kilogram dadah.
“Antara yang dirampas termasuk cecair furanyl fentanyl (18.55 kg), serbuk Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA) (0.66 kg), cecair tetrahydrocannabinol (THC) (0.012 kg) dan air ketum (0.45 kg).
“Turut dirampas cecair vape yang tidak mengandungi dadah (186.54 kg) yang disiasat di bawah peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM4.6 juta, manakala nilai dadah sahaja sekitar RM2.88 juta,” katanya.
Katanya, sejumlah 20 individu ditahan, 13 disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Tujuh individu lagi ditahan kerana pemilikan, pengedaran atau kesalahan lain berkaitan bahan terlarang.
“Seterusnya sebanyak 142 premis perniagaan rokok elektronik diberi notis pematuhan, lima premis disita dan 1,148 kompaun dikeluarkan,” jelas Hussein.
Topic Berkaitan
#Op Vape 1.0
#dadah fentanyl
#PDRM
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan